Translate

Selasa, 7 Mei 2013

TEORI MEMBACA

Terdapat beberapa teori atau model membaca yang dapat membantu pembaca memahami proses membaca. Teori-teori ini dapat menggambarkan proses membaca sama ada pada peringkat rendah mahupun yang lebih tinggi. Wakzyk (2000) menghuraikan proses membaca secara automatik dan kawalan seperti dihuraikan dibawah:

TEORI MEMINDAHKAN MAKLUMAT



  1. Teori ini berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985).
  2. dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat.
  3. mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan.
  4. percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya - pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut.
  5. aktiviti membaca - membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks.
  6. kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan yang khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan.



TEORI MEMBACA SECARA AUTOMATIK


  1. Dianjurkan oleh La Berge dan Samuel (1974).
  2. menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik.
  3. menganggap wujud perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca.
  4. meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang dijalankan.
  5. pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih faham. 
  6. ketika membaca teks, pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.


TEORI KECEKAPAN VERBAL



  1. diperkenalkan Perfetti (1985, 1988), menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod.
  2. setiap pembaca mempunyai profil tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. 
  3. teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terhad yang terdapat dalam diri pembaca (Benjafield, 1977).
  4. membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman.
  5. pembaca yang tidak cekap: 

         - mudah lupa perkara yang sudah dibacanya
         - skemata yang terhad
         - kekurangan pengetahuan tentang teks yang dibaca    


 

Oleh,
Nur Shakirin Abdul Musa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan