Translate

Sabtu, 18 Mei 2013

ISI KANDUNGAN


  1. Pengenalan Kemahiran Membaca
  2. Definisi Membaca
    a) Charles C. Frie (1963)
    b) Frank Smith (1971)
    c) Robert Lado (1964)
    d) Steinberg (1982)
    e) Atan Long (1978)
    f) Zulkifley Hamid (1994)
  3. Teori Membaca
    a) Teori Memindahkan Maklumat
    b) Teori Membaca Secara Automatik
    c) Teori Kecekapan Verbal
    d) Teori Proses Membaca Bottom-Up
    e) Teori Top Down
    f) Teori Interaktif
    g) Teori Transactional
  4. Belajar Membaca
    a) Definisi
    b) Peringkat-peringkat Membaca
    c) Alat Bantu Mengajar
    d) Pemulihan Bacaan
    e) Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan
  5. Masalah Dalam Membaca
    a) Keliru dengan Huruf
    b) Kesukaran dalam Pengamatan
    c) Membatang Suku Kata
    d) Sukar Membaca Ayat
    e) Kaedah Pengajaran Guru
    f) Faktor Persekitaran
    g) Faktor Psikologi
    h) Faktor Individu
    i) Teks yang Digunakan
    j) Masa Pengajaran
  6. Pemilihan Bahan Bacaan
    a) Bacaan Mentalis
    b) Bacaan Mekanis
    c) Bacaan Intensif
  7. Pendekatan dalam Mengajar Membaca

Khamis, 16 Mei 2013

TEORI PROSES MEMBACA

TEORI PROSES MEMBACA BOTTOM-UP

Prinsip :

1. mengenal pasti ciri huruf


2. Menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan 

3. Menghubung kait pola ejaan bagi memilih perkataan 

4. Menimbulkan proses membina ayat, paragraf dan tahap sesebuah teks

5. menghubung ciri bagi memilih huruf


KAITAN MODEL BOTTOM-UP DENGAN ERA SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN

Berasaskan teori pembelajaran psikologi:

untuk menguasai kemahiran membaca, seseorang itu perlu berlatih membaca daripada mengecam huruf kepada mengecam perkataan. selain itu, mendapatkan makna daripada perkataan dan ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran membaca.


PENYELIDIK UTAMA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN BACAAN BERASASKAN TEORI

* Gough ( 1972 )
* La Berge and Samuels ( 1974 )

VISUAL TEORI BOTTOM UP

membaca huruf --> membaca perkataan --> membaca ayat --> membaca perenggan --> membaca teks penuh --> pemahaman teks

TEORI TOP DOWN

Prinsip:

1. mengenal teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca 

2. menggunakan makna dan isyarat tatabahasa mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali

3. fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan

4. perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh ketika
    membaca

KAITAN MODEL TOP DOWN DENGAN ERA SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN

berasaskan teori pembelajaran linguistik:

* teori ini mengemukakan fenomena dimana makna tidak terdapat dalam teks yang dibaca
  tetapi di dalam diri pembaca itu sendiri.

* makna lebih penting daripada perkataan.

* membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik, sintaktik dan semantik.

* berpendapat bahawa fonik tidak perlu diajar.

PENYELIDIK UTAMA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN BERASASKAN TEORI TOP DOWN

* Goodman ( 1988 ) - a physcholinguistic guessing game.
* Smith ( 1971 )

VISUAL TEORI TOP DOWN

pengalaman dan pengetahuan sedia ada --> tujuan bacaan --> pemahaman teks




TEORI INTERAKTIF

Prinsip :

1. menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai output

2. membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif

3. model atas ke bawah dan bawah ke atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak
    bergantung kepada pemboleh ubah pembaca dan pemboleh ubah teks.

KAITAN MODEL INTERAKTIF DENGAN ERA SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN 

berasaskan teori pembelajaran kognitif :

berpendapat pembaca mendapatkan makna daripada bahan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa, struktur dalaman bahasa serta melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.

PENYELIDIK UTAMA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN BACAAN BERASASKAN TEORI INTERAKTIF

Stanovich ( 1980 )
Rumelhart ( 1990 )

VISUAL TEORI INTERAKTIF 

pengalaman dan pengetahuan sedia ada --> tujuan bacaan --> pemahaman teks --> pemahaman teks <-- membaca teks penuh <-- membaca perenggan <-- membaca ayat <-- membaca perkataan <-- membaca huruf

TEORI TRANSACTIONAL

Prinsip :

1. membaca ialah proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa/konteks tertentu, dengan teks tertentu. ia adalah suatu transaksi antara pengarang, pembaca dan teks.

2. membaca adalah ''aktiviti memilih''. pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan dan tujuan untuk setiap teks dan ini membawa  kepada makna atau penimbulan.

3. pendirian kita kearah membaca mungkin efferent ( saintifik, membaca untuk mendapat info ) atau estetik ( seni, perasaan ). Namun demikian, pendirian pembaca yang menentukan pengalaman yang mereka akan perolehi daripada teks itu.

4. pengajaran bacaan memerlukan seorang guru mengemukakan soalan yang berupaya menggalakkan transaksi bacaan yang lebih kompleks, membina dan memudah cara aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang menggalakkan pembaca membuat makna mereka sendiri.

KAITAN MODEL TRANSACTIONAL DENGAN ERA SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN

Berasaskan :

A. Era Teori Pembelajaran Sosiobudaya 1986-1995

sosiobudaya, pengalaman kerjasama yang dibentuk oleh estetika ; pengalaman yang dikongsi oleh ramai berbanding pengetahuan secara sendirian.

B. Era Teori Pembelajaran berasaskan keterlibatan 1995-kini

makna dibuat daripada kombinasi fizikal, peribadi, faktor sosial budaya yang dipilih pada masa tertentu ; kognitif, estetika dan unsur-unsur sosiobudaya bekerjasama untuk membuat makna.

PENYELIDIK UTAMA

* Louise Rosenblatt (pelopor teori)
* Dewey & Bently 
* Vygotsky
* Bates' Iceberg Metaphor

VISUAL TEORI TRANSACTIONAL

Pembaca --> Masa/context --> Text --> Makna



Selasa, 14 Mei 2013

Pemilihan bahan bacaan & Pendekatan dalam mengajar membaca

PEMILIHAN BAHAN BACAAN 

  • Bacaan Mentalis 
Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalisini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.

  • Tujuan Bacaan Mentalis  
            
(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya,
(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.
  
  • Aktiviti bacaan mentalis

(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang   
      sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
(c) Guru member dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru 
      membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

  • Bacaan Mekanis  
Mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebuyan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau di peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah unutk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.
 

  • Tujuan Bacaan Mekanis
1. Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
2. Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
3. Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.
4. Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
5. Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam matapelajaran yang lain.
6. Untuk membokehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.
7. dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
8. Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
9. Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.
 
  • Aktiviti Membaca Mekanis
1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan dengan kebolehan dan umur-umur murid.
2. Bersoal jawab dan membantu muird dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
3. Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.
4. Guru membaca dan murid-murid mengikut . Boleh dilakukan secara kelas tau kumpulan.
5. Guru memandu murid-murid membaca secara individu atau bergilir-gilir.
6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.

  • Bacaan Intensif

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia member tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanyamemerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru

  • Tujuan Bacaan Intensif
1. Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. betul dari segi sebutan, intonasi, lancar, dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan yang betul.
2. Mengembangkan kebolehan menafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
3. Mmebaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
4. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca.
5. Mengesan, memaham dan menikmati unsur estetik dalam bahasa.
6. Mnegenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
7. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

  • Aktiviti Bacaan Intensif
1. Bahan-bahan bacaan intensif ini boleh dibincangkan bersama-sama oleh pelajar-pelajar dalam kelas , dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan menulis.
2. Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.
3. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua latihan perkamusan , hari ketiga katihan meneka maksud mengikut konsep, hari keempat membaca dengan laju, dan sebagainya.
4. Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawpan bertulis.


PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA

** Literasi membaca merupakan suatu penggabungan daripada keseleruhan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, menulis, membaca dan berfikir. Kemahiran tersebut perlulah berlaku secara serentak dan bukannya terpisah.

** Setiap daripada kesemua kemahiran tersebut tidak harus diaajr secara terpisah kerana akan berlaku kekurangan. Hal ini demikian kerana, kesemua aspek tersebut terbina secara bersepadu dan saling berkaitrapat antara satu dengan yang lain. Kekurangan pada satu aspek akan menyebabkan kekurangan pada aspek yang lain.

** Pada zaman dahulu, penekanan terhadap aspek bacaan dilakukan pada peringkat awal persekolahan lagi. Kanak-kanak diajar menghafal huruf-huruf dari A hingga Z dan dilatihtubi dengan membaca carta huruf dan kad-kad imbas supaya menguasai bacaan berdasarkan suku kata yang terkandung dalam bahasa Melayu. 

** Pendekatan ini tertumpu pada tahap mengenal huruf semata-mata sehingga kanak-kanak hanya mempunyai kemampuan menyebut perkataan yang ditunjukkan menerusi carta atau kad imbas tersebut tanpa mengaitkan bahan yang dibacanya dalam satu situasi  yang lebih bermakna.

** Kanak-kanak pada awal usia perlu didedahkan dengan pengalaman membaca dan menulis terutama pada awal persekolahan mengikut cara yang sebenar dan bersepadu. Aktiviti seperti latihtubi dengan menggunakan kad imbasan atau carta huruf yang disedeiakan guru tidak mencukupi bagi menggayakan mereka dengan pengalaman tersebut.Jadi pendekatan ini amat bersesuaian dalam mengajar membaca.




Rabu, 8 Mei 2013

keterampilan membaca



DEFINISI BELAJAR MEMBACA

  • Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca ialah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan , seseorang itu dapat mampu mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang ada di dunia. Membaca juga sebenarnya kunci utama yang membantu kita untuk meluaskan ilmu, pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu tersebut dalam pelbagai bidang.
          
  • Membaca melibatkan proses mekanikal, kerana semasa membaca kita akan membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca. Apabila ada hubung kait antara membaca dan menjawab soalan, secara automatiknya dapat dikatakan bahawa membaca melibatkan proses pemikiran konstruktif. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan.



PERINGKAT-PERINGKAT MEMBACA
  • Kesediaan Membaca 
    Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal    pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama. Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. 

  • Prabacaan 


Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,
Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.
Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

  • Aktiviti prabacaan
     Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah 
  ialah;

  1. mengenal gambar yang berlainan
  2. mengenal bentuk yang berlainan

Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

  • Mekanis 
Tujuan bacaan mekanis ialah;

Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.

Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.

Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.

Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.

Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut;

-Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, 
 sesuai dengan kebolehan dan umur murid.

-Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

-Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas    
 atau kumpulan.

-Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-
 gilir.

-Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi  
 bacaan untuk menguji kefahaman. 



ALAT BANTU MENGAJAR


Rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa
menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. 

Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.



PEMULIHAN BACAAN

1. Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

2. Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. 


Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan

Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:

Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.

Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.

Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.

Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

















Selasa, 7 Mei 2013

TEORI MEMBACA

Terdapat beberapa teori atau model membaca yang dapat membantu pembaca memahami proses membaca. Teori-teori ini dapat menggambarkan proses membaca sama ada pada peringkat rendah mahupun yang lebih tinggi. Wakzyk (2000) menghuraikan proses membaca secara automatik dan kawalan seperti dihuraikan dibawah:

TEORI MEMINDAHKAN MAKLUMAT



  1. Teori ini berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985).
  2. dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat.
  3. mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan.
  4. percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya - pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut.
  5. aktiviti membaca - membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks.
  6. kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan yang khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan.



TEORI MEMBACA SECARA AUTOMATIK


  1. Dianjurkan oleh La Berge dan Samuel (1974).
  2. menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik.
  3. menganggap wujud perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca.
  4. meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang dijalankan.
  5. pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih faham. 
  6. ketika membaca teks, pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.


TEORI KECEKAPAN VERBAL



  1. diperkenalkan Perfetti (1985, 1988), menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod.
  2. setiap pembaca mempunyai profil tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. 
  3. teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terhad yang terdapat dalam diri pembaca (Benjafield, 1977).
  4. membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman.
  5. pembaca yang tidak cekap: 

         - mudah lupa perkara yang sudah dibacanya
         - skemata yang terhad
         - kekurangan pengetahuan tentang teks yang dibaca    


 

Oleh,
Nur Shakirin Abdul Musa