Translate

Rabu, 8 Mei 2013

keterampilan membaca



DEFINISI BELAJAR MEMBACA

  • Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca ialah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan , seseorang itu dapat mampu mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang ada di dunia. Membaca juga sebenarnya kunci utama yang membantu kita untuk meluaskan ilmu, pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu tersebut dalam pelbagai bidang.
          
  • Membaca melibatkan proses mekanikal, kerana semasa membaca kita akan membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca. Apabila ada hubung kait antara membaca dan menjawab soalan, secara automatiknya dapat dikatakan bahawa membaca melibatkan proses pemikiran konstruktif. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan.



PERINGKAT-PERINGKAT MEMBACA
  • Kesediaan Membaca 
    Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal    pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama. Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. 

  • Prabacaan 


Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,
Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.
Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

  • Aktiviti prabacaan
     Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah 
  ialah;

  1. mengenal gambar yang berlainan
  2. mengenal bentuk yang berlainan

Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

  • Mekanis 
Tujuan bacaan mekanis ialah;

Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.

Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.

Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.

Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.

Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut;

-Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, 
 sesuai dengan kebolehan dan umur murid.

-Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

-Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas    
 atau kumpulan.

-Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-
 gilir.

-Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi  
 bacaan untuk menguji kefahaman. 



ALAT BANTU MENGAJAR


Rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa
menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. 

Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.



PEMULIHAN BACAAN

1. Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

2. Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. 


Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan

Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:

Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.

Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.

Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.

Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan