Translate

Rabu, 10 April 2013

MASALAH DALAM MEMBACA




KELIRU DENGAN HURUF.



  • Beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya. Contohnya huruf 's' , 'c' dan 'v' antara huruf besar dan huruf kecil.
  • Huruf yang terbalik.
  • Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Contoh 'b' , 'p' dan 'd'.
  • Keliru untuk menamakan huruf besar dan kecil kerana bentuknya berubah.

KESUKARAN DALAM PENGAMATAN.

  • Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
  • Amalan perlu mengeja sebelum mereka membaca.
  • Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebutnya.
  • Gagal membunyikan suku kata dalam perkataan.
  • Menggugurkan bunyi suku kata dalam perkataan.
  • Salah sebut perkataan yang seakan-akan serupa bentuknya.
  • Keliru dengan ejaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  • Salah menyebut dan membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
  • Menyebut perkataan dengan menggunakan loghat.

MEMBATANG SUKU KATA

  • Tidak boleh membatang suku kata terbuka dan tertutup.
  • Keliru dengan suku kata e taling dan e pepet.
  • Sukar membunyikan suku kata dengan betul selepas membatang suku kata.
  • Sukar membunyikan suku VK yang terdapat di awal perkataan.
  • Salah memecah dan membatang suku kata.
  • Tidak boleh membatang perkataan yang banyak suku kata.
  • Keliru untuk membatang perkataan yang berdiftong dan vokal berganding.
  • Tidak boleh membunyikan perkataan yang berdigraf di awal perkataan. Digraf bermaksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi. Contohnya 'ng' , 'ny' dan 'sy'.
SUKAR MEMBACA AYAT.

  • Gemar menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
  • Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca secara beramai-ramai.
  • Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali.
  • Membaca secara merangkak-rangkak.
  • Membaca mengikut loghat masing-masing.






Oleh,
An Chuli a/p Wee Chis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan